Pages

Friday, March 14, 2014

Masalah

"Masalah", 1 perkataan yang ana rasa takda orang yang suka bila disebut. Tapi hakikatnya, masalah ada di mana-mana.. dan ada pada semua orang. Tak kira umur, jantina, bangsa dan sebagainya.

Semua orang akan menghadapai masalah masing-masing. Walaupun berlainan jenis masalah yang di terima. Tapi masalah yang tengah trending sekarang, yang semua orang sedang menghadapinya ialah masalah jerebu. Jerebu yang agak teruk. Dan bukan itu sahaja, masalah cuaca di Malaysia yang agak panas. Walaupun ada angin, tapi angin panas yang taktau nak cakap macam mana. Dengan panas, udara tak bersih. Masalah air di sesetengah tempat, termasuklah tempat ana. Tambahan pula dengan kehilangan MH370 yang kecoh 1 Malaysia. Tambah lagi dengan masalah bomoh yang memalukan nama baik Islam. 

Satu per satu masalah datang, masalah masalah masalah. Tapi kalau difikir balik, seolah-olah Allah menarik nikmat udara Malaysia yang sedap, segar dengan udara yang panas. Nikmat udara yang segar, kini jerebu teruk. Air yang bersih. Pesawat yang besar dan canggih, hilang tanpa jawapan.

Nak di ulas banyak-banyak ana ni pun tak banyak ilmu. Tapi apa yang ana nampak, kita, masyarakat, selalu memandang remeh tentang agama. Maksiat sana-sini, aurat terbuka, mengumpat, dan macam-macam. Semua tu seolah-olah makanan bagi sebahagian masyarakat kita.  Ana bukan apa, ana nak ajak supaya kita berhijrah ke jalan Allah. Ana takut, nanti nikmat lain pula akan ditarik Allah. Allah tarik nikmat untuk kita sedar, akan kesilapan kita. Nak tunggu Allah tarik nikmat apa lagi untuk kita sedar?

Tapi dari sudut positif pula sekarang ramai berdoa, bersolat, berhajat. Internet pun hari-hari penuh dengan #Pray, #PrayForMH370 dan macam-macam jenis hashtag lain. Itu bagus, tapi sampai bila nak macam tu? Bila ada masalah baru semua nak penuhkan surau, dan masjid. Bila ada masalah baru cari, bila senang kita lupa. Kalau anta sendiri ada kawan, yang susah datang cari, bila lupakan kita. Anta rasa anta suka ke? Sayang ke kat dia?

Hijrah ke jalan Allah tak membuatkan kita takda masalah, tapi membuatkan kita boleh hadapi masalah dengan tenang. Jadi, jom lah bersama-sama kita niat untuk jadi lebih baik. InshaAllah.

Renung-renungkan. Maaf kalau ana terkasar bahasa, ana cuma manusia biasa yang penuh dosa yang cuba menjadi lebih baik. Semoga pembaca blog ni dipermudahkan segala urusan ke jalan Allah, dimurahkan rezeki ke jalan Allah dan semoga kita dikuatkan iman. InshaAllah. Amin.

Yang baik semua dari Allah, yang buruk, salah semua dari saya sendiri.

Sekian,
Irman.

No comments:

Post a Comment