Monday, May 11, 2015

Jodoh Allah Berserta Teguran Dari-Nya


Assalamualaikum, Biasanya saya bercakap pasal kita nak berbackpacker ke negara orang, tapi ni saya nak kongsi pengalaman tengah hari tadi.

Saya dari Ampang nak ke Shah Alam, ternampak seorang backpacker yang berjalan di tepi Highway DUKE siang2 panas2 (Dalam pkul 1pm). Nampak dia ada buat tanda " like emoticon " as isyarat nak tumpang so saya stop tepi. Tanya dia nak kemana, katanya "north, im heading to north." So saya tumpang kan dia, katanya dia nak ke Thailand.

Sembang2 dalam kete, katanya dia umur 24tahun, seorang Freethinker dan berasal dari Russia. Trip dia berjalan kaki dari Vietnam - Laos -Thailand - Malaysia dan sekarang dia patah balik ke sana. Dia punya cara jalan2 kaki dan tumpang orang bergantung pada nasib katanya. Dan tanya dia tidur macam mana, dia random tidur mana2 guna Khemah.


Jadi kebetulan saya nak ke masjid, saya pun ajak dia sekali. Dia tak tahu langsung pasal Masjid Shah Alam, sekali bawak dia terpegun dia duk tengok2 masjid Shah Alam. Tapi yang "slack" sikit apabila ada sesetengah Melayu Islam pandang serong dekat orang bukan Islam yang bertatoo.


Serius, waktu ni dia terpegun terdiam lama tengok masjid ni. Moga dia tertarik untuk masuk Islam. Inshallah.

Ok. sambung balik. Dan bila ajak makan, dia kata dia takda duit, makan 2hari sekali. Dia kata dia amal makan pisang dan sneakers je utk saving. Jdi bagi dia try aiskrim, terkejut dia tgk Aiskrim Roti Malaysia.


Jadi, dah bawak dia pusing2 masjid sambil share2 pasal Islam sikit. Dia pun share pasal dia punya "tak percaya tuhan". Dan share2 pengalaman.
 Pendapat dia pasal Malaysia:
1.Panas
2.Banyak Mall, merata2 mall.

Pastu saya pun ada hal lain, drop dia dekat tol Sungai Buloh. 10 minit lepas drop dia hujan. Rasa kesian pulak. Tpi dah gerak pun. So tu je, kita yg backpacker paham perasaan, so kita cuba amalkan dan tunjuk attitude yang baik kat foreigner inshallah sedikit sebanyak nanti Allah bantu kita di negara orang dan sedikit sebanyak kita berdakwah secara tak langsung.



(Surah An-Nisa’ - Ayat 36), Allah swt berfirman, yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Nya dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."

Semoga kita jadi orang yang beruntung. Untung dunia dan akhirat. Inshallah.
https://instagram.com/irmanbahrudden/
.
*Maaf post panjang2. Nah biskut.