Pages

Friday, May 24, 2013

Perjalanan masih jauh?

Kehidupan, bermula dengan berada di dalam perut ibu, kemudian dilahirkan menjadi bayi, membesar menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan ajal. Itulah urutan kehidupan yang seperti semua orang tahu, tapi tiada siapa boleh menjamin yang ajal akan sampai selepas tua. Malah ajal datang tidak mengikut urutan. Sama ada datang ketika bayi atau kanak-kanak atau bila-bila itu semua kita tidak tahu.

2 hari lepas, aku mendapat berita mengejutkan dari seorang kawan mengenai pemergian adik kepada kawan aku yang berusia 19 tahun. Walaupun aku tidak pernah bertegur dengan arwah sebelum ini tapi perasaan sedih dan sayu "lain macam" tu cukup dirasai. Bak kata seorang kawan aku, "orang baik bila 'pergi' ni kita dapat rasa Man".

Gambar di atas tersebut merupakan screen shot dari website Harian Metro tentang kemalangan arwah. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Omar Hamzah Bin Zulkefli. Insyallah.



P/s- Ajal datang tak kira waktu.

Salam perkenalan

Assalamualaikum wbt,

Nama aku Irman, dan aku bukan seorang penulis.