Pages

Thursday, March 13, 2014

Hidup

Jarang aku nak bercerita tentang mimpi-mimpi aku. Tapi mimpi aku malam tadi bagi aku amat pelik. Rasanya pertama kali aku dapat mimpi yang macam tu. Mimpinya macam ni..

Bermula dengan view bangunan-bangunan kayu, yang sangat cantik. Bangunan tu nampak baru. Dalam mimpi tu, harinya sangat baik. Tempat ni depenuhi dengan lelaki-lelaki berjubah putih. Aku percaya yang aku sekarang di sekolah pondok. Dari pandangan aku melihat dari segi tempat dan penghuni-penghuni di tempat ni.

Aku tak kenal sesiapa dalam tu. Tak bertegur, tak bercakap. Apa yang aku ingat. Kami solat berjemaah. Solat apa aku tak dapat pastikan. Tapi yang pasti siang. Samada solat Zuhur atau Asar.

Kemudian, Aku masuk ke dalam bangunan kayu yang cantik tu, terus ke saf paling depan. Kemudian, "Allahuakbar" Bunyi takbir setiap orang untuk menunaikan solat. Tak sempat habis Al-Fatihah.
Tiba-tiba aku rasa kaki aku tak berfungsi, lalu aku jatuh, rebah ke lantai.

Aku dibiarkan tanpa dipeduli. Orang-orang semua masih sedang bersolat. Aku kaku, tak mampu buat apa. Terbaring, seperti bayi yang tak boleh nak bangun. Seolah-olah semua kebolehan untuk aku bergerak dah tiada lagi.

Lalu aku mengucap, dan mengucap. Bersabar dan bingung tentang apa yang berlaku kepada ku. Tidak lama selepas tu, aku cuba bergerak. Cuba bangunkan diri aku. Tapi berat sangat rasanya.

"Tet tet tet" bunyi alarm telefon aku. Jam menunjukkan pukul 5.46pagi. Aku bangun dan bersyukur. Sebab aku masih lagi diberi peluang. Untuk hidup.



Terima kasih,
Irman.

No comments:

Post a Comment