Kehidupan, bermula dengan berada di dalam perut ibu, kemudian 
dilahirkan menjadi bayi, membesar menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, 
tua dan ajal. Itulah urutan kehidupan yang seperti semua orang tahu, 
tapi tiada siapa boleh menjamin yang ajal akan sampai selepas tua. Malah
 ajal datang tidak mengikut urutan. Sama ada datang ketika bayi atau 
kanak-kanak atau bila-bila itu semua kita tidak tahu.
2
 hari lepas, aku mendapat berita mengejutkan dari seorang kawan mengenai
 pemergian adik kepada kawan aku yang berusia 19 tahun. Walaupun aku 
tidak pernah bertegur dengan arwah sebelum ini tapi perasaan sedih dan 
sayu "lain macam" tu cukup dirasai. Bak kata seorang kawan aku, "orang 
baik bila 'pergi' ni kita dapat rasa Man". 
Gambar
 di atas tersebut merupakan screen shot dari website Harian Metro 
tentang kemalangan arwah. Marilah kita bersama-sama sedekahkan 
Al-Fatihah kepada arwah Omar Hamzah Bin Zulkefli. Insyallah.
P/s- Ajal datang tak kira waktu.
